SILA KLIK FOR MORE INFO..!!

Saturday 18 February 2012

:: 5 Tanda Si Dia Jodoh Anda..!! ::

Setiap kali kita berhubungan dengan seseorang, kita pasti akan tertanya, adakah dirinya tercipta untukku..? adakah dirinya jodohku..? Ada beberapa petanda yang mungkin menunjukkan si dia jodoh anda. Boleh jadi ianya kebetulan, boleh jadi ianya benar tak terduga. Jom kita selami.

1) Wajahnya mirip dengan anda

percaya atau tidak, perasan atau tidak perasan kebanyakan pasangan mempelai kelihatan sama dan mirip pada wajah mereka, dan ini terjadi  bukan kerana kebetulan. Satu kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi di University of St. Adrews menunjukkan seseorang akan cenderung tertarik pada seseorang yang lain yang memiliki ciri-ciri wajah seperti dirinya sendiri. 

2) Anda tersenyum kerananya

percaya atau tidak, hari-hari yang anda lalui pasti mengenangkannya. bangun pagi anda wajah si dialah yang pertama muncul di benak fikiran dan mata anda. lalu senyuman pasti terukir indah. dan pagi anda selalu kelihatan gembira dan cergas.

3) Anda dapat menerimanya seadanya

percaya atau tidak, anda mungin tidak suka akan perihal sesuatu perkara. tapi kerana kasih dan sayang anda terikat padanya, anda mula menerimanya  walaupun banyak benda yang anda tidak suka, tetapi oleh kerana mungkin jodoh anda tersirat untuknya, anda dapat menerimanya seadanya.

4) Anda dapat berdebat baik dengannya

Anda mungkin seorang pemarah, si dia juga mungkin sama, tapi keserasian yang ada pada diri anda dengan dirinya membuat anda dapat mengalah dan berbicara baik dengannya, malah satu kajian dilakukan di barat, kebanyakan pasangan yang berjodoh, mereka diciptakan saling melengkapi. sekiranya anda seorang pemarah, pasangan anda dikurniakan sifat yang lembut dan suka memujuk, begitulah juga sebaliknya. dan inilah yang dikatakan jodoh..!

5) Naluri anda

Naluri adalah aspek perasaan yang dapat dirasakn oleh seseorang. seseorang yang berpasangan pasti dapat merasakan dari hati kecil naluri mereka tentang siapa jodohnya. dan dari naluri itulah anda dapat merasakan siapa jodoh anda.








Sumayyah Collections. Thanks and Happy Shopping >_~

0 komen si budak cute :):

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Copyright© All Rights Reserved sumayyahcollections.blogspot.com